Wednesday, December 21, 2011

Lavenderoses

Salam untuk semua, yang sudi jenguk -jenguk ke blog yang tak seberapa ni. Selamat pagi dan semoga ceria hari ini. Kali ni saya kongsikan kusyen Kak Aishah yang telah saya siapkan pada bulan Oktober yang lepas . Besar harapan saya agar kehadiran 2 pasang kusyen ni menambah seri kediaman baru beliau. Terima kasih Kak Aishah :)



 Lavenderoses
16 x 16 inc





zahra
30 x 50 cm


Wednesday, December 14, 2011

Selepas Rehat Yang Panjang

Assalamualaikum semua

Terasa lama betul blog ni ditinggalkan.Tuannya menyepi bagai hilang dijejak...sibuk sungguh akhir-akhir ni. Hidup bagai perlu dijadual semula sejak adanya orang baru dalam hidup. Malam ni saya gagahkan juga mengadap pc, selongkar hasil sulaman yang tak banyak mana pun, cuma terselit di antara   gambar keluarga, gambar raya . Ada macam-macam gambar rupanya dalam kamera, mencecah sehingga lebih seribu keping. Berikut apa yang saya jumpa, bolehlah berkongsi dengan semua yang sudi singgah ke sini. Produk ni tempahan Kak Halimah, dah lama siap, sebelum Aidilfitri lagi. Semua adalah dari pattern yang pernah dipaparkan di blog sebelum ni. 


                                                           Sepasang sarung kusyen ni....

                                             juga 2 pasang dari pattern  seperti dibawah


                                                                      2 biji pouch


                                                                  serta sepasang kusyen ni...

                Sebelum ni pattern ni saya sulam pada kotak,kali ni buat pada sarung kusyen pula.

psssttt..nantikan 'scheduled entry ' yang saya set untuk 'published' pada hari esok dan lusa pulak yer  ^__^

Monday, December 12, 2011

Yang Merah, Yang Ungu

ni tempahan dari Ina..katanya nak buat frame...saya teruja sangat2 siapkan yang ini sebab tak pernah lagi dapat tempahan untuk dibingkaikan :)..ooh satu lagi sulaman belum mula buat lagi.

Updated: bunga kaler purple pulak :D


Gambar kat sini semua saya 'set'kan besar..sebab kalau kecik nampak  macam blur aje..kalau ia mengganggu pandangan pada skrin anda, harap maaf lah ye.

Tuesday, July 19, 2011

Beg Telekung


Beg berzip yang sesuai untuk letak telekung, bagi meraikan solat terawikh pada ramadhan kali ini :)

Kelopak Biru

Assalamualaikum
Salam, hari ni baru berkesempatan letak kusyen disiapkan pada bulan lepas..yang ini tempahan dengan tema biru..boleh bayangkan ada 8 biji kusyen begini menghiasi kediaman anda?


Sunday, June 5, 2011

Puteh



Salam
Hari ni berkongsi kusyen  yang sempat disiapkan untuk jualan  di Kota Bharu.  Kebetulan balik bercuti di kampung minggu lepas, sempatlah saya posing2 kan kusyen ni atas kerusi taman mak.  Tuan rumah dah tak de idea nak letak tajuk yang 'catchy'..letak ajer lah Puteh kat situ yer..ada apa-apa idea? kalau ada...bagitahulah yer..nanti boleh saya tukar :)


Sarung warna putih begini..senang sangat nak nampak kotor..masa nak ambil gambar ni..saya lebih  hati-hati sebab dah dua kali basuh.
Suka pattern mcm ni sebab boleh digayakan dalam berbagai posisi..adaptasi dari pattern Enchanted Moments oleh Helen Eriksson..tapi tak  jadi sepenuhnya pulak..


sekian.

Thursday, May 19, 2011

Mawar Merah Jambu



Salam di petang rabu :)
Ok..sepatutnya entri yang ni dulu sebelum 'Kaseh'..tertinggal pula .Kusyen ini, belum  ada pasangannya lagi

Yang dibawah ni pula saya siapkan hujung bulan lepas . Sama saja dengan yang di atas, cuma bunga-bunga kecilnya tu saja lain , yang ini running stiches . Sarung kusyen ini  disiapkan dlm keadaan yang sungguh tak bermaya , tak sihat sangat. Sayang tak sempat nak snap bila dah siap jahit kusyennya, sebab kejar dateline.

Gambar yang ada  ni pun yang masih comot2 dengan fabric pen...tak pe lah letak saja disini sebagai kenangan, dan rujukan . Maaf gambar blur, ni main snap aje.

ok terima kasih atas kunjungan anda ke sini.

Kaseh






Salam semua
Ini adalah kusyen untuk majlis perkahwinan, untuk set cadar pengantin yang berwarna cream.

Saya sering ditanya melalui e-mel/ sms, rumah di mana dan adakah saya buka kelas sulaman reben. Untuk makluman  rumah saya di Kota Warisan, Sepang. Jadi kepada yang berada di sekitar Putrajaya/ Salak Tinggi yang membuat tempahan, boleh datang ambil di rumah. Dan saya tidak buat kelas..yang berminat nak belajar saya syorkan berhubung dengan Puan Suzana di http://diariann.blogspot.com. Terima kasih.

Saturday, March 12, 2011

Eman


Kotak velvet hitam ni saiznya 19x19 cm x 10cm tinggi.
Selamat pengantin baru untuk Eman, semoga berbahagia selamanya.


Monday, February 14, 2011

Penghujung senja



Salam..bagaimana permulaan hari anda hari ini?

Saya rasa  permulaan minggu ini sangat bagus..sebab terapi bermain dengen reben semalam berjaya mengurangkan tekanan kerja saya :).. Warna-warna tanah..sering menarik perhatian saya. Terutama bila melihat kain. Saya  berjaya keluarkan reben-reben dengan warna sebegini ini dari kotak reben. (kena guna perkataan 'berjaya' disitu sebab banyak sungguh  halangan nak duduk menyulam akhir-akhir ni ). Meskipun ada yang  beri komen sulaman ini kurang menarik sebab warnanya..saya tetap suka dan berpuas hati.


ok...semoga bertemu lagi...terima kasih kepada yang sudi menjengah ke sini

Sunday, January 2, 2011

zahra


salam untuk semua
hari ni saya kongsikan sulaman reben yang agak lama juga dah siap, cuma baru semalam berkelapangan untuk jahit dan jadikan sarung kusyen..


bunga-bunga dari teknik folded rose dan ribbbon stich, serta sulaman flystich untuk dedaun

kepada anda yang berminat untuk menempah dari mana-mana pattern dalam blog ni, boleh hubungi saya di email ribbonpetals@yahoo.com

sekian terima kasih